Jumaat, 6 Mac 2020

Kisah Terkena Gangguan Jin dan Sihir

Assalammualaikum...

Saya disini ingin berkongsi satu kisah misteri yang menimpa kepada seorang hamba Allah ini...

Suatu hari ketika dirinya sedang berehat dirumah, tiba-tiba dirinya terasa seperti lemah badan dan tangan berpeluh lalu kaki terasa sejuk..

Perasaan yang dialami ketika itu seperti orang yang hampir kepada kematian, runsing dan takut...

Pada masa itu juga dia memanggil ibu dan isterinya yang tinggal di rumah yang sama dan memberitahu hal yang dialaminya itu...

Ketika itu dia hanya berbaring diatas katilnya sambil bercakap dengan ibu dan isterinya dan menceritakan dirinya seperti sudah dakat dengan ajalnya...

Masa itu juga dia telah meminta maaf dan halal atas segala kelakuannya sebelum ini kerana runsing jika kematiannya itu betul berlaku sebentar lagi...

Ibunya yang berada disisinya ketika itu mengambil surah Yassin dan membacanya dan diperdengarkan kepadanya dan memohon berharap pertolongan dari Allah...

Pada ketika itu juga dia masih dapat berbicara dengan isteri dan ibunya tentang apa yang dia sedang rasai dan alami ketika saat itu...

Namun setelah beberapa lama lebih kurang tiga puluh minit berlalu dirinya merasa semakin pulih dari perasaan pelik yang dialaminya tadi...

Perlahan-lahan dia bangun lalu berjalan-jalan di sekitar halaman rumahnya dan alhamdulillah dia sudah dapat melakukan perkara lainnya...

Namun dalam fikirannya masih lagi teringat segar dan terbayang apa yang dialaminya tadi dan masih terasa runsing...

Misteri yang menimpa dirinya itu tidak berhenti setakat ini, kisah yang seterusnya akan saya nukilkan lagi dalam blog saya yang seterusnya nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan